Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Lawatan tapak serta perbincangan bersama Syarikat Air Perlis Sdn Bhd

Lawatan tapak serta perbincangan bersama Syarikat Air Perlis Sdn Bhd berkaitan permasalahan dan langkah langkah penyelesaian secara alternatif sementara bagi isu tekanan dan bekalan air yang telah berlaku di tandas awam. Lokasi tersebut adalah di Laman Brasmana, Jalan Serawak dan Pasar Kuala Perlis.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Pengarah Pejabat Cawangan Kuala Perlis dan Simpang Empat, wakil daripada Jabatan Kejuruteraan dan wakil Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan.

#MPKDihatiRakyat
#sesiperbincangan

MPK

PROGRAM KITAR SEMULA “TRASH TO CASH” BERSAMA KOMUNITI DUN SANTAN, PERLIS

Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) telah menganjurkan Program Kitar Semula “Trash To Cash” Bersama Komuniti Dun Santan, Perlis seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Taman Santan 2, Perlis

MPK

Pejabat Majlis Perbandaran Kangar Cawangan Kuala Perlis sedang dalam tindakan menyita gerai- gerai di bawah seliaan Majlis yang gagal menjelaskan sewa semasa dan tunggakan yang melebihi 3 bulan berturut-turut mulai bulan Jun 2022

Pejabat Majlis Perbandaran Kangar Cawangan Kuala Perlis sedang dalam tindakan menyita gerai- gerai di bawah seliaan Majlis yang gagal menjelaskan sewa semasa dan tunggakan yang melebihi 3 bulan berturut-turut mulai bulan Jun 2022 ini.

Para penyewa  yang menyewa gerai-gerai dibawah seliaan Majlis dinasihatkan supaya mematuhi jadual bayaran yang dikeluarkan dan dipersetujui oleh penyewa.

Majlis akan mengambil tindakan sslanjutnya sekiranya terdapat penyewa yang gagal mematuhi jadual yang dikeluarkan.

MPK

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Pelantikan Penggantian Sebagai Anggota Majlis (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Pelantikan Penggantian Sebagai Anggota Majlis (Ahli Majlis) Majlis Perbandaran Kangar, Perlis bagi tahun 2022

Pagi ini telah dilaksanakan Majlis Pengakuan menerima jawatan sebagai Anggota Majlis dihadapan Tuan Ydp untuk Encik Ismail Bin Ahmad ,Ajk Bahagian Parlimen Padang Besar.

Pelantikan penggantian Ahli Majlis ini adalah bagi menggantikan Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain drpd Parlimen Padang Besar yang telah meninggal dunia pada 10 Februari 2022.

MPK

Majlis Perasmian Projek Lukisan Dinding Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2022 Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Majlis Perasmian Projek Lukisan Dinding Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis 2022 Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.  Majlis Perbandaran Kangar Turut Terlibat Menyediakan Tempat Mural Iaitu di Dinding MPK Corner