Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Majlis Perbandaran Kangar telah menerima kunjungan daripada Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 31 Mei 2022.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan serta berkongsi pandangan dan pendapat serta bertukar-tukar fikiran disamping melawat tempat tempat menarik di sekitar negeri Perlis

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT, Encik Mohd Fauzi Bin Muda, Setiausaha MDHT, Ahli-Ahli Majlis serta Ketua Jabatan MDHT.

MPK

LAWATAN MUHIBAH DAN BENGKEL PENGUKUHAN KESATUAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,SELANGOR DAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR,PERLIS

Majlis Perbandaran Kangar telah menerima kunjungan sempena Lawatan Muhibah dan Bengkel Pengukuhan Kesatuan ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang pada 29 dan 30 Mei 2022.  

Pengisian 2 hari sempena lawatan ke Negeri Perlis telah diisi dengan melawat dan menikmati keindahan serta tempat tempat menarik di Negeri Perlis antaranya :
1. Ladang Buah-Buahan Eksotik,Batu Pahat
2. Kompleks Niaga Padang Besar
3. Tasoh Lake Resort
4. Taman Rekreasi Tasik Melati
5. Kampung Warna Warni, Seberang Ramai Kuala Perlis

MPK

MAJLIS SILATURAHIM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1443H/2022 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Kangar Perlis secara tertutup melibatkan semua wargakerja MPKangar dan Ahli Majlis.

Masa     : 8.30 Pagi
Tempat : Perkarangan Tapak Parkir Motorsikal,Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar.

Tuan Ydp dan Tuan Setiausaha meluangkan masa untuk beramah mesra dengan semua kakitangan yang hadir untuk Majlis pada hari ini.Pelbagai juadah hari raya disediakan seperti ketupat, rendang, sate, kambing golek, nasi, Koew teow goreng dan lain-lain lagi.

MPK

PERMOHONAN LOT NIAGA CAR BOOT SALE PERSIARAN MAKANAN BINTONG 2022

“PERMOHONAN LOT NIAGA CAR BOOT SALE PERSIARAN MAKANAN BINTONG 2022”

Setiap Sabtu malam bermula Jun 2022. Saiz lot adalah 10x10.

Jenis jualan KHUSUS kepada jualan kering yang konsepkan Car Boot Sale atau peralatan perniagaan yang minimum.

Kadar Sewa hanya RM 5.00 per lot.

Borang permohonan boleh didapati di pintu B, kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan Majlis Perbandaran Kangar mulai hari Jumaat, 20 Mei 2022.