LAWATAN TINJAUAN PENCAHAYAAN, KECERIAAN & REKABENTUK BILLBOARD/BANNER/BUNTING SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE-79 DYMM TUANKU RAJA PERLIS
Penyertaan Majlis Perbandaran Kangar utk tinjauan pencahayan,keceriaan sempena sambutan Hari Keputeraan Dymm Raja Perlis yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Korporat & Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis .
Tarikh : 13 Mei 2022
Masa : 08.30 malam
Tempat : Sekitar Bandar Kangar,Arau dan Kuala Perlis
SESI PEMILIHAN PEMAIN BAGI KEJOHANAN PAINTBALL TERBUKA NPSL 2.0 JEMPUTAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 4-5 JUN 2022.
Seramai 16 orang kakitangan Majlis Perbandaran Kangar yang berminat dalam aktiviti ini telah menghadiri sesi pemilihan pemain yang telah diadakan seperti berikut :
Tempat : NAK-KAWAN PAINTBALL Bukit Ayer,Perlis
Masa : 3 pm -6 pm
Tarikh. : 13 Mei 2022
Penglibatan MPKangar dan Warna Warni sempena Majlis Aidilfitri Bersama Rakyat Peringkat Negeri Perlis 1443H/2022M di Dewan 2020.
Sambutan ini berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran rakyat berbilang kaum selepas dua tahun berturut-turut ia tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
Pelbagai juadah hari raya antaranya lemang, ketupat,rendang, sate,kambing golek dan kuih-muih dihidangkan buat para tetamu.
MPKangar turut serta dalam penyediaan makanan untuk tetamu yang hadir pada harini iaitu Kambing Golek.
Kerja-kerja Persiapan Tempat Majlis Aidilfitri Bersama Rakyat Peringkat Negeri Perlis 1443H/2022M
Majlis Perbandaran Kangar dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan kambing golek sempena Majlis Aidilfitri Bersama Rakyat bertempat di Dewan 2020.
Teraju utama dalam penyediaan booth MPKangar adalah penglibatan kakitangan Jabatan Landskap dan dibantu oleh Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan MPKangar.
Sumbangan Majlis Perbandaran Kangar Sempena menyambut Aidilfitri kepada Penghuni Pertubuhan Kebajikan Dan Rumah Amal Teduh Perlis.
Aktiviti ini berbentuk kebajikan dan keperihatinan Majlis dibulan Ramadan untuk memberi bantuan wang tunai dan makanan kepada Rumah Teduh ini.
Slot Khidmat Nasihat Sempena Musim Perayaan Aidilfitri 2022 di Perlis Fm
Bersama Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Encik Norazlan Bin Yahaya
Tarikh : 28 April 2022 (Khamis)
Masa : 12.15 Tengah Hari
#MPKDihatiRakyat
#staysafe