Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

MAJLIS ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG (APC) BULANAN MPKANGAR

MPKangar telah mengadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi bulan Ogos, September dan Oktober tahun 2024 kepada kakitangan MPKangar.

Objektif majlis ini adalah untuk menghargai sumbangan serta komitmen tinggi kakitangan MPKangar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas.

Seramai 21 orang kakitangan dan seorang pengarah telah dipilih untuk menerima APC bulanan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua MPKangar.

MPK

BUDAYA KERJA IKHLAS UNTUK CEMERLANG

21 Mac 2025

SESI PERKONGSIAN:

MPKangar telah mengadakan Sesi Perkongsian Budaya Kerja Ikhlas Untuk Cemerlang Bersama Yang Dipertua MPKangar bersempena pengisian Slot Ramadan kepada kakitangan MPKangar.

Sesi perkongsian ini bertujuan untuk memahami maksud sebenar ikhlas dalam melaksanakan tugas dan meningkatkan kesedaran kepada semua warga kerja MPKangar bahawa bekerja dengan ikhlas bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada MPKangar dan masyarakat secara keseluruhan.

MPK

SESI PERKONGSIAN SLOT RAMADAN : ERTI BERSYUKUR SEADANYA

SESI PERKONGSIAN SLOT RAMADAN :

ERTI BERSYUKUR SEADANYA

MPKangar telah mengadakan Sesi Perkongsian Erti Besyukur Seadanya Bersama Yang Dipertua MPKangar di minggu terakhir bulan Ramadan.

Tarikh : 27 Mac 2025
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Mesra

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman tentang pentingnya bersyukur dalam aspek kehidupan, pekerjaan, mahupun hubungan sosial.

Sesi Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

PENYERAHAN CEK INSURANS TAKAFUL KELUARGA KEPADA ISTERI ALLAHYARHAM RIDZUAN BIN ROSLI,PENOLONG PEGAWAI TADBIR

 

26 Mac 2025 - Majlis serahan cek Insurans Takaful Ikhlas Family Berhad oleh Majlis Perbandaran Kangar kepada balu Allahyarham Encik Ridzuan bin Rosli  kakitangan MPKangar yang telah meninggal dunia pada 10 Oktober 2024 telah diadakan pada 26 Mac 2025 di Dewan Mesra, MPKangar.

Majlis serahan cek  telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth,  Yang Dipertua, MPKangar.

Pihak MPKangar berharap semoga sumbangan bayaran pampasan ini serba sedikit dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada isteri serta anak Allahyarham.

MPK

MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR KALI PERTAMA TAHUN KE-46, 2025

26 Mac 2025 - Mesyuarat Majlis, Majlis Perbandaran Kangar Kali Pertama telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di Dewan Mesra, MPKangar.

 Yang Dipertua MPKangar mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ahli Majlis, MPKangar bagi tahun 2025 dan berharap Ahli Majlis dapat memberi kerjasama dalam memantapkan lagi tadbir urus dan operasi MPKangar.

Selain itu, Tuan Yang Dipertua mewakili semua warga kerja MPKangar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat serta mendoakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

MPK

MAJLIS SANTUNAN MAHABBAH ANJURAN PUSPANITA MPKANGAR DAN YAYASAN KEBAJIKAN PERLIS (YKPs)

Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad) bersamaan 22 Ramadan 1446H
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dewan MPKangar Arau

Penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim MPKangar telah disampaikan oleh Tuan Haji Affendi Rajini Kanth, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar merangkap Pengerusi Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs) dan Puan Norhudi'in Binti Danu, Pengerusi Puspanita MPKangar.

MPK

MAJLIS SANTUNAN MAHABBAH ANJURAN PUSPANITA MPKANGAR DAN YAYASAN KEBAJIKAN PERLIS (YKPs)

Tarikh : 23 Mac 2025 (Ahad) bersamaan 22 Ramadan 1446H
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dewan MPKangar Arau

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis telah berkenan berangkat ke Majlis Santunan Mahabbah di Dewan MPKangar Arau.

MPK

WALKABOUT PENGARAH FAMA NEGERI PERLIS BERSAMA YANG DIPERTUA MPKangar DI BAZAR RAMADAN, DATARAN ABC MAIPs

21 MAC 2025 | 5.30 PETANG

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Affendi Rajini Kanth telah dijemput ke walkabout Program Sentuhan Kasih Ramadan Fama anjuran Fama Negeri Perlis yang diadakan di Bazar Ramadan Medan Niaga ABC Maips.

Walkabout ini bertujuan untuk beramah mesra dan mendekati peniaga serta pengunjung di bazar tersebut.

Tuan Yang Dipertua bersama Pengarah Fama Negeri Perlis turut menyerahkan bubur lambuk kepada peniaga dan pengunjung bazar.

#perliscentric
#PERLISLeADS
#perlisno1