Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Abd Karim Bin Sulaiman , Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Kawasan Kuala Perlis π˜šπ˜œπ˜”π˜‰π˜ˆπ˜•π˜Žπ˜ˆπ˜• π˜‰π˜ˆπ˜’π˜œπ˜“ π˜”π˜ˆπ˜’π˜ˆπ˜•π˜ˆπ˜•

Program diΒ  bawah peruntukan Ahli Majlis dalam tempoh PKP 2021 anjuran Ahli Majlis Perbandaran Kangar, Kawasan Kuala Perlis.

π˜šπ˜œπ˜”π˜‰π˜ˆπ˜•π˜Žπ˜ˆπ˜• π˜‰π˜ˆπ˜’π˜œπ˜“ π˜”π˜ˆπ˜’π˜ˆπ˜•π˜ˆπ˜•

TarikhΒ Β  : 13 November 2021
MasaΒ Β Β Β  : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Tengah, Seberang Ramai Kuala Perlis.

Anjuran : Encik Kamarudin Bin Malek
Ahli Majlis Kawasan Kuala Perlis

MPK

PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN OLEH KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KOMUNITI) MPKPs KEPADA KAKITANGAN YANG DIKUARANTIN AKIBAT COVID-19

PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN OLEH KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KOMUNITI) MPKPs KEPADA KAKITANGAN YANG DIKUARANTIN AKIBAT COVID-19

Program penyampaian sumbangan makanan oleh Kelab Sukan & Kebajikan (Komuniti) MPKPs bagi menyantuni lima belas (15) kakitangan MPK yang dikuarantin akibat COVID-19 telah dilaksanakan pada 03 November 2021. Penyampaian sumbangan turut dihadiri oleh Setiausaha MPK & Ahli Jawatankuasa Kelab. Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu semua kakitangan terlibat. Didoakan semoga semua kakitangan terlibat diberikan kesembuhan. Amin

MPK

Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Lim Weng Khee, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Titi Tinggi

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 30.10.2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Awam, Taman Kim, Padang Besar

Pagi ini dilaksanakan Program Peruntukan Ahli Majlis anjuran Encik Lim Weng Khee, Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Titi Tinggi. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Teh Chai Aan, EXCO Sumber Asli Dan Alam Sekitar juga merangkap ADUN Titi Tinggi dan Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

PROGRAM KOMUNITI BERSIH DAN CERIA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BERSAMA PENDUDUK PPR SENA, PERLIS

PROGRAM KOMUNITI BERSIH DAN CERIA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS BERSAMA PENDUDUK PPR SENA, PERLIS

Tarikh : 16 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : PPR Sena, Kangar

Program ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti sihat dan memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

MPK

MAJLIS PENYERAHAN β€˜MOCK CHEQUE” PERTANDINGAN KOMUNITI BANDAR ZON HIJAU COVID-19

MAJLIS PENYERAHAN β€˜MOCK CHEQUE” PERTANDINGAN KOMUNITI BANDAR ZON HIJAU COVID-19


Pada 16.10.2021 (Jumaat) jam 9.30 pagi telah berlangsung Majlis Penyerahan β€œMock Cheque” Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19 di PPR Seri Sena, Kangar.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan sesi penyerahan β€œMock Cheque” berjumlah RM 1,000.00 telah disampaikan oleh Tuan Hasbullah bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perlis kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Seri Sena.