PERMOHONAN PELAN BANGUNAN
SUMBER JABATAN BANGUNAN
1) Apa itu kebenaran mendirikan bangunan ?
- Menurut AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN 1974, BAHAGIAN V BANGUNAN, Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan ( Majlis Perbandaran Kangar, Perlis).
- Di mana seseorang yang bercadang mendirikan bangunan hendaklah mengemukakan apa-apa pelan penentuan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil di bawah AKTA ini iaitu Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 .
- Proses kelulusan pelan bangunan merupakan proses terakhir untuk peringkat menjalankan pembangunan selepas pihak pemaju berjaya mendapat kelulusan pelan kebenaran merancang , pelan kerja tanah dan pelan jalan dan perparitan.
2) TAHUKAH ANDA APAKAH JENIS KERJA-KERJA PEMBANGUNAN YANG PERLU KELULUSAN PELAN BANGUNAN ?
Jenis-jenis bangunan yang memerlukan kelulusan Majlis Perbandaran Kangar mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah seperti berikut:
- SEBARANG PEMBANGUNAN BARU
- PEJABAT, BANK, PEJABAT POS, KEDAI, GEDUNG PERNIAGAAN, PASARAYA DAN LAIN-LAIN BANGUNAN PENTADBIRAN DAN PERDAGANGAN KECUALI RUMAH KEDAI YANG WUJUD PADA MASA BERKUATKUASANYA UNDANG-UNDANG KECIL INI ;
- BANGUNAN-BANGUNAN UNTUK PERJALANAN KERETAPI, JALAN RAYA, LAUT DAN UDARA DAN TEMPAT-TEMPAT BERKAITAN DENGANNYA BANGUNAN TEMPAT LETAK KERETA DAN KILANG
- HOSPITAL, PUSAT PERUBATAN, KLINIK DAN LAIN-LAIN, BANGUNAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
- RESTORAN, DEWAN KONSERT, PANGGUNG, PAWAGAM, BANGUNAN-BANGUNAN PERSIDANGAN, BANGUNAN SUKAN DAN LAIN-LAIN GERAI MINUMAN, BANGUNAN HIBURAN DAN REKREASI
- BANGUNAN KEAGAMAAN
- SEKOLAH, KOLEJ, UNIVERSITI, ZOO, MUZIUM, GALERI, KESENIAN, PERPUSTAKAAN, BANGUNAN PAMERAN DAN LAIN-LAIN BANGUNAN PENDIDIKAN, KEBUDAYAAN DAN SAINTIFIK
- ASRAMA, HOTEL DAN LAIN-LAIN BANGUNAN TEMPAT TINGGAL SELAIN DARIPADA RUMAH KEDIAMAN KELUARGA PERSENDIRIAN ( RUMAH KAMPUNG )
- PINDAAN PELAN BANGUNAN
- Perubahan pelan selepas pelan bangunan diluluskan dan di mana status bangunan belum memperolehi CCC atau CFO.
- BANGUNAN LAMA
- Apabila membuat sambungan kepada sesebuah bangunan
- Mendirikan atau mengubah sekatan dalam bangunan terutama bangunan perniagaan yang melibatkan kegunaan awam atau apa sahaja jenis bangunan
- Menutup telaga udara atau kawasan lapang , pembinaan anjung letak kereta
- Mendirikan dinding penahan atau pagar
- Meruntuh buang dan mendirikan semula bangunan setiap jenis bangunan
- BINAAN BANGSAL ATAU BANGUNAN SEMENTARA
- BINAAN STRUKTUR DINDING PAGAR HOARDING PAPAN DENDENG DI TAPAK PEMBINAAN
3) APAKAH YANG PERLU ANDA BUAT APABILA BERHASRAT MEMBUAT PEMBANGUNAN DI ATAS?
Mana-mana pihak yang bercadang untuk mengemukakan pelan bangunan hendaklah melantik Pelukis Pelan, Arkitek dan Jurutera yang bertauliah untuk menyediakan dan menguruskan pelan berkenaan dengan pihak Majlis melalui Unit OSC.
4) JENIS BINAAN YANG DIKECUALIKAN DARI KELULUSAN PELAN BANGUNAN ?
- Binaan atap awning atas pintu jendela atau sebagainya yang tidak melebihi 1.2m.
- Mengubah jenis material bahan binaan seperti jenis lantai konkrit sedia ada dengan memasang lantai jenis mosaic, tiles, terrazzo atau marmar.
- Memasang pintu pagar berlipat-berlipat dan besi penyilang, tingkap dan pintu yang lain
5) 3 KATEGORI BANGUNAN APABILA DIPROSES DI PERINGKAT MAJLIS?
- Pelan-pelan sambungan / ubahsuai bangunan
- Pelan-pelan bangunan sesebuah ( banglo jenis kekal, jenis separuh kekal, kilang gerai dan lain-lain )
- Pelan-pelan bangunan perumahan, kompleks, projek berskala besar.
6) Apakah senarai semakan yang dijalankan ketika menyemak dan meluluskan pelan bangunan?
Pihak Majlis berkuasa untuk memberi arahan bertulis kepada pihak yang mengemukakan pelan supaya memastikan aspek-aspek berikut dipatuhi iaitu :-
- AKTA JALAN PARIT DAN BANGUNAN 1974
- ORIENTASI TAPAK
- Perletakan tapak sesuatu bangunan dan ruang yang akan ditinggalkan lapang di keliling mana-mana bangunan untuk membolehkan cahaya matahari senang masuk dan udara senang beredar dan memudahkan pembuangan sampah.
- ARAS TAPAK
- Aras takat mana asas tapak dan tingkat rendah atau peninggian aras tapak supaya asas tapak stabil dan kukuh.
- GARIS BIDANG HADAPAN
- Garis ini disediakan berdasarkan kedudukan bangunan berdekatan, jalan awam yang berdekatan. Garis ini diukur dalam lingkungan lima puluh ( 50 ) kaki dari jalan awam
- KEDUDUKAN PELAN TEGAK HADAPAN BANGUNAN
- Pelan tegak hadapan dan pelan tegak rusok bersempadan dengan suatu jalan awam. Kedudukannya adalah dalam lingkungan lima puluh ( 50 ) kaki dari jalan awam.
- ANJAKAN HADAPAN BANGUNAN ATAU KE BELAKANG
- Garis aturan jalan awam hendaklah ditentukan oleh pihak berkuasa seperti JKR.
- REKABENTUK BANGUNAN
- Tertakluk kepada pemohon mengikut kelas dan reka bentuk masing-masing.