HARI KELUARGA MPK 2023
Program ini anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan ( Komuniti) Majlis Perbandaran Kangar yang telah diadakan di Taman Awam Sg Batu Pahat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik serta sukaneka kepada anak dan kakitangan Majlis Perbandaran Kangar.Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah kepada staff yang hadir pada program ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan YDP, Encik Norazlan bin Yahaya, Encik Raziff Bin Yaakob ( Setiausaha MPK) dan Ahli Majlis yang sudi meluangkan masa hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti hari ini.
Majlis Perbandaran Kangar telah menerima kunjungan daripada YB Tuan Izizam Bin Ibrahim ( AMMK Kemudahan & Prasarana Awam, Pengangkutan, Hubungan & Kerjasama Sempadan dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu & Aduan Awam) pada petang ini.
Kunjungan tersebut merupakan kunjungan pertama YB Tuan Izizam bin Ibrahim yang baru dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis.Turut hadir bersama adalah Yang Dipertua ,Encik Norazlan Bin Yahaya dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Encik Raziff Bin Yaacob.
Tarikh : 6 Januari 2023
Masa : 5.30ptg
Tempat : Bilik Setiausaha, MP Kangar, Perlis.
#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my
Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar
Majlis Perbandaran Kangar telah menganjurkan ceramah Hijrah Tahun Baru: Tarbiyah Membina Ukhuwah Sejati kepada Pegawai Majlis Perbandaran Kangar seperti butiran berikut:
Tarikh : 6 Januari 2023 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Mesra, MPK.Ps
Penceramah : Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
Program ini dihadiri oleh 60 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman.