Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Taklimat Sistem eKasih Oleh ICU kepada Ahli Majlis

Taklimat Sistem eKasih telah disampaikan oleh Puan Maznah Musa, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis secara atas talian kepada Ahli Majlis Perbandaran Kangar.

Turut hadir bersama dalam taklimat ialah Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar, Pegawai Kanan Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Pengarah Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia dan  wakil dari Jabatan Kejuruteraan MPKangar.

#sistemekasih
#taklimatmpkangar

MPK

PENYERTAAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR DALAM PROGRAM MAHA 2022 UNTUK HIASAN LANDSKAP (PAVILION) RUMAH PERLIS

Persiapan akhir untuk kerja kerja hiasan dan landskap oleh kakitangan Jabatan Landskap MPKangar yang terlibat di dalam menyiapkan(pavilion) rumah perlis di MAHA 2022.

Jabatan Landskap diketuai oleh Puan Nor Asma bt Nordin dan dibantu oleh 14 orang kakitangan yang berkemahiran didalam hiasan dan landskap.

Tahniah diucapkan atas komitmen dan penglibatan yang padu untuk menyiapkan "Pavillion Rumah Perlis".

#MAHA2022
#JabatanLandskapMPKngar
#rumahperlis

MPK

MPK PRIHATIN

MPK PRIHATIN

Sumbangan daripada warga kerja MPKangar kepada Encik Mohammad Khairy Bin Murat, Pembantu Penguatkuasa, Pejabat Cawangan Arau atas kemalangan kecil di rumahnya.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar. Turut hadir semasa penyerahan sumbangan ialah Puan Zahirah Binti Azman, Pengarah Jabatan Undang - Undang Dan Penguatkuasaan.

#MPKPrihatin
#MPKDihatiRakyat