Car Boot Sale Persiaran Makanan Bintong @ 25 Jun 2022.
Suasana Program CAR BOOT SALE di PERSIARAN MAKANAN BINTONG pada SETIAP SABTU DAN AHAD MALAM bermula dari Jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.
Lot niaga masih dibuka kepada yang berminat. Borang permohonan boleh didapati di kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan MPKANGAR.
#carbootsale
#persiaranmakananbintong
#jabatankesihatanpersekitaran
Pemeriksaan berkala
Fokus pemeriksaan adalah keaktifan lesen premis, suntikan anti typhoid (ty2) dan kebersihan kedai makanan dan minuman milik persendirian yang menjadi lokasi tumpuan pelancong di sekitar Kuala Perlis dan Simpang Empat.
Sebanyak 4 premis telah dikunjungi oleh pembantu penguatkuasa yang bertugas. 1 notis kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK).
#mpkdihatirakyat
#pemeriksaanberkala
#kualaperlisdansimpangempat
Tarikh : 22.06.2022
Lokasi : Kompleks Niaga PKENPs dan sekitar, Kangar.
Peringatan Mesra kepada semua peniaga / pemilik premis kedai / gerai makanan / minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar:
Penguatkuasaan pematuhan Garis Panduan Umum Mengenai Standard Perkhidmatan dan Premis Kedai / Gerai Perniagaan Makanan Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Kangar akan bermula pada 01 Julai 2022. Semua yang berkenaan diminta mematuhi garis panduan tersebut sepenuhnya.
#OperasiPemeriksaan2022
#JabatanKesihatanPersekitaran
#MPKangar
MAJLIS PERASMIAN DRIVE TRU RECYCLE CENTRE (DTRC)
Tarikh : 21 Jun 2022
Tempat : Perkarangan Tapak Pasar Malam Arau
Dirasmikan Oleh : DYTM Raja Muda Perlis
Anjuran : Environment Idaman
Program ini telah diadakan berhampiran Pejabat Mpk Cawangan Arau.Turut hadir bersama dalam majlis perasmian ini adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Encik Norazlan Bin Yahaya.
#MPKDihatiRakyat
#DriveTruRecycleCentre
#Tahniah
MPK dan Unit Pengurusan Aset Tnb Kangar telah mengadakan perbincangan bersama di Wisma TNB Kangar.Perbincangan ini dihadiri oleh Tuan Setiausaha, En Raziff Bin Yaacob hadir bersama pengarah Jabatan Kejuteraaan Mpk dan TNB diwakili oleh Ir Mohd Firdaus Bin Mohd Fauzi dan pegawai kanan Tnb.
#MPKDihatiRakyat
#TNBKangar
#bekalanelektrik
Operasi pemeriksaan dan pemantauan pematuhan kempen pembudayaan kebersihan dan peningkatan standard perkhidmatan perniagaan makanan Negeri Perlis oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan MPKPs dan Pejabat Cawangan MPKPs Kuala Perlis.
Tarikh : 20.06.2022
Lokasi : Kompleks Makanan Laut KOMA LAUT & MEDAN SELERA LAMAN BRASMANA, Kuala Perlis.
Peringatan Mesra kepada semua peniaga / pemilik premis kedai / gerai makanan / minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar:
Pihak Majlis Perbandaran Kangar telah menyertai Program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes dan Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Perlis pada :
Tarikh : 18 Jun 2022
Tempat : Tapak Medan Selera UTC Kangar
Anjuran : Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Luangkan masa 10 minit setiap hujung minggu dan periksa tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah anda. Tiada Aedes, tiada denggi.
#MPKDihatiRakyat
#Programgotongroyong
#SambutanharidenggiAsean
#tiadaaedestiadadengi
Pejabat Majlis Perbandaran Kangar, Cawangn Kuala Perlis telah mengadakan pemeriksaan rutin bagi kawasan Medan Selera Ikan Bakar Laman Brasmana Kuala Perlis.Fokus pemeriksaan premis ini adalah untuk memastikan keaktifan lesen premis, suntikan anti typhoid, apron dan had sempadan niaga oleh penyewa yang menyewa gerai/kedai di bawah seliaan Majlis.
Para peniaga diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan sebagai pengendali makanan yang berhemah dan sentiasa memastikan premis kemas dan bersih.