Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

PROGRAM AGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA OLEH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KOMUNITI) MAJLIS PERBANDARAN KANGAR BERSAMA KOPERASI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

PROGRAM AGIHAN JUADAH BERBUKA PUASA OLEH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KOMUNITI) MAJLIS PERBANDARAN KANGAR BERSAMA KOPERASI MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Aktiviti ini dihadiri oleh Tuan Yang DiPertua (merangkap Penasihat KOMUNITI), Tuan Setiausaha (merangkap Pengerusi KOMUNITI), Pengerusi  Koperasi Majlis Perbandaran Kangar dan Ahli Jawatankuasa KOMUNITI.

Juadah berbuka puasa ini diagihkan kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Kangar melalui Ketua Jabatan / wakil Jabatan masing-masing.

#mpkdihatirakyat
#ramadan2022

MPK

Ziarah Ramadan

Ziarah Ramadan dan Sumbangan kepada anak yatim (kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan) sempena Sambutan Aidilfitri.

Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar telah meluangkan masa utk menziarahi anak yatim bekas kakitañgan MPKangar  yang telah kehilangan ayah atau ibu semasa berkhidmat dengan MPKangar.
Sumbangan ini berbentuk barangan keperluan untuk persediaan sambutan hari raya yang menjelang tiba dan sumbangan duit raya kepada setiap anak yatim.Turut hadir Ahli Majlis kawasan Indera Kayangan Puan Huzaini bt Hamid.

MPK

Ziarah Ramadan

Tuan Norazlan Bin Yahaya, YDP MPKangar bersama dengan Puan Che Ma Binti Ahmad, Ahli Majlis Kawasan Chuping telah meluangkan masa menziarahi balu dan keluarga Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain, Ahli Majlis MPKangar tahun 2022 yang telah meninggal dunia pada 10 Februari 2022.

Ziarah Ramadan ini adalah untuk menyerahkan sumbangan berbentuk tunai dan cek daripada MPKangar kepada keluarga Allahyarham. Sumbangan ini diserahkan oleh Tuan YDP kepada Puan Jariah Binti Che Ain, balu Allahyarham Encik Rashid Bin Hussain.

Majlis mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.