Lawatan Muhibah dan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Majlis Daerah Gerik, Perak dan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
Program ini telah berlangsung pada 26 Disember 2021 bertempat di Padang Bola Sintetik, Simpang Empat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia.
Tuan Setiausaha Majlis Daerah Gerik, Perak dan Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar, Perlis turut hadir bagi memberikan semangat dan sokongan kepada pasukan semasa program ini berlangsung.
#kitajagakita
Misi Kemanusiaan Dan Prihatin Kerajaan Negeri Perlis Dan Agensi Bagi Mangsa Banjir di Selangor (23 - 25 Disember 2021)
Misi ini yang diselaraskan oleh Pejabat YAB Menteri Besar Perlis telah disempurnakan pelepasannya oleh YAB Menteri Besar Perlis dan Timbalan SUK (Pengurusan) pada 23 Disember 2021 di Pejabat SUK Negeri Perlis.
MPKangar yang menyertai misi ini diketuai oleh Tuan Raziff Bin Yaakob,Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar dan 20 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Majlis yang mewakili semua jabatan di dalam MPkangar.
PERATURAN PAKAIAN PENGENDALI MAKANAN (BERKUATKUASA 1 JANUARI 2022)
YAB Dato'Seri Azlan Man, Pejabat Suk Perlis, Pejabat Menteri Besar Perlis, YB Azizan Sulaiman, YB Azman Mohd Yusof, YB Asmaiza Ahmad, YB @Nurulhisham Nurulhisham , YB @Hamizan Hassan , YB Ruzaini Rais, YB Rozieana Ahmad, YB Siti Berenee, YB Teh Chai Aan
#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#AgendaNasionalMalaysiaSihat
PROGRAM SUMBANGAN MAKANAN OLEH KELAB SUKAN & KEBAJIKAN (KOMUNITI) MPKPs KEPADA KAKITANGAN YANG DIKUARANTIN AKIBAT COVID-19
Program penyampaian sumbangan makanan oleh Kelab Sukan & Kebajikan (Komuniti) MPKPs bagi menyantuni kakitangan MPK yang dikuarantin akibat COVID-19 telah dilaksanakan pada 6 Disember 2021. Penyampaian sumbangan turut dihadiri oleh Setiausaha MPK & Ahli Jawatankuasa Kelab. Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu semua kakitangan terlibat. Didoakan semoga semua kakitangan terlibat diberikan kesembuhan. Amin
PROGRAM “PLOGGING” RENTAS JABATAN DI VIEW POINT WANG KELIAN
Tarikh : 06 Disember 2021 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : View Point, Wang Kelian
Pagi ini telah dilaksanakan Program “Plogging” Rentas Jabatan di View Point Wang Kelian, Kaki Bukit. Sesi Gotong-Royong ini Dianjurkan oleh SWCorp Negeri Perlis.
Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat
#PerlisBersih
#staysafe
#patuhiSOP
#KitaJagaKita
SUMBANGAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : 27.11.2021 (Sabtu)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Dewan Beseri Dalam, Jalan Padang Melangit, Santan
Anjuran : Encik Noor Hairi Bin Noor Mohammed
Ahli Majlis MPK.Ps Kawasan Santan