Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Ziarah ramadan oleh Tuan Yang Dipertua dan Tuan Setiausaha kepada anak-anak yatim bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kangar

Ziarah ramadan oleh Tuan Yang Dipertua dan Tuan Setiausaha kepada anak-anak yatim bekas kakitangan Majlis Perbandaran Kangar sempena menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.

Pihak majlis menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian untuk persiapan menyambut syawal. Ini adalah salah satu program kebajikan dan program tahunan bagi menghargai jasa dan pengorbanan bekas kakitangan majlis yang telah berkhidmat dengan majlis.

Sebanyak 13 orang anak yatim daripada 6 buah keluarga terlibat dalam pemberian sumbangan ini.

MPK

Majlis Pelancaran Cashless Bazar Ramadan Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Anjuran Majlis Perbandaran Kangar Dengan Kerjasama Maybank

Majlis Pelancaran Cashless Bazar Ramadan Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Anjuran Majlis Perbandaran Kangar Dengan Kerjasama Maybank.

Majlis ini diadakan untuk merealisasikan Pelan Digital Perlis iaitu “Perlis Go Digital''. Majlis ini juga bertujuan memperkenalkan Maybank QR pay kepada masyarakat di Negeri Perlis bagi mengurangkan transaksi tunai.

Tarikh : 3 Mei 2021
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Tapak Bazar Ramadan Persiaran Wawasan

Dihadiri oleh:

i) YB Tuan Azman bin Mohd Yusof Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

MPK

Program Lawatan Kerja Majlis Daerah Perak Tengah ke Negeri Perlis pada 29 April hingga 1 Mei 2021

Objektif lawatan ini adalah bertujuan bagi melihat projek-projek pelancongan yang telah dilaksanakan di sekitar Negeri Perlis seperti di Kawasan Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Kawasan Eko Pelancongan Gua Kelam, Litar Lumba UniMap, lawatan sekitar Kangar Street Art,  Kuala Perlis dan Kawasan Eko Pelancongan Taman Negeri Perlis.

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis yg terlibat iaitu

1.En. Kamarudin bin Malek (Kawasan Kuala Perlis)

2.En. Lim Weng Khee ( Kawasan Titi Tinggi)

MPK

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi sesi 2021 oleh Encik Norazlan bin Yahaya dihadapan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis bagi sesi 2021 oleh Encik Norazlan bin Yahaya dihadapan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Pengakuan menerima jawatan ini terkandung didalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Tarikh : 28 April 2021

Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Mesra , MPK.Ps

Turut hadir :
Encik Raziff bin Yaacob, Setiausaha, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

Ceramah sempena Bulan Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Kangar kepada Pegawai bagi Jabatan/Unit Majlis

Ceramah sempena Bulan Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Kangar kepada Pegawai bagi Jabatan/Unit Majlis Perbandaran Kangar telah diadakan seperti berikut:

 

1. Tajuk : Andainya Ini Ramadan Terakhirku

Tarikh : 20 April 2021 (Selasa)

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Mesra, MPK.Ps

Penceramah : Ustaz Ahmad Al-Qarni bin Edrus

 

2. Tajuk : Ramadan Bulan Penyucian Jiwa

Tarikh : 21 April 2021(Rabu)

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Mesra, MPK.Ps