Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

MAJLIS PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN SEBAGAI YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Pada pagi ini Tuan Affendi Rajini Kanth yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPKangar mulai 9 Mei 2024 telah mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua dihadapan Ahli Majlis,Majlis Perbandaran Kangar Dan disaksikan YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Bin Ramli.

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Yang Dipertua MPKangar ini telah diadakan di Bilik Gerakan 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan ini turut disaksikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Perlis iaitu YB Tuan Haji Razali Bin Saad dan YB Tuan Wan Zikri Afthar Bin Ishak.

Turut hadir ialah Penasihat Undang- Undang Negeri Perlis, YB Yang Zaimey Bin Yang Ghazali, Pegawai Kewangan Negeri, YB Tuan Zepri Bin Saad dan SUB Bahagian Kerajaan Tempatan,Encik Hasbullah bin Abd Rashid.

Warga MPKangar mengucapkan tahniah kepada Tuan Affendi Rajini Kanth yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPKangar.