Skip to main content
You are here

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

GOTONG ROYONG MEGA 1.0 PERANGI AEDES DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

17 JUN 2023

GOTONG ROYONG MEGA 1.0 PERANGI AEDES DAN SAMBUTAN HARI DENGGI ASEAN PERINGKAT NEGERI PERLIS

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perlis.

MPK

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG KE MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan pelaksanaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (Drive Thru Recycling Centre) Environment Idaman dan selanjutnya mengadakan  lawatan tapak ke lokasi tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Afiq bin Ahmad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bersama 14 orang pegawai daripada Unit Kesihatan dan Persekitaran, Majlis Perbandaran Manjung.

MPK

TAKLIMAT SKIM PERKESO KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

TAKLIMAT SKIM PERKESO KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS

Tarikh : 26 Mei 2023
Masa : 9.00 Pagi – 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Taklimat Skim PERKESO ini telah disampaikan oleh Puan Balkis Binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Perlis.

Taklimat ini memberi pendedahan mengenai maklumat dan manfaat produk-produk PERKESO seperti Skim Keselamatan Sosial Akta 1969, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Akta 838 (SKSSR) Dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Akta 789 (SKSPS).

MPK

Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis

Tarikh    : 10 Mei 2023 (Rabu)
Masa     : 8.30 hingga 12.00 tengah malam
Tempat : Sekitar Negeri Perlis

Yang Dipertua MPKangar, Tuan Norazlan bin Yahaya dan Ketua Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan, Encik Mohd Nasri bin Abd Rahman telah menyertai Lawatan Tinjauan Pencahayaan dan Pintu Gerbang Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 DYMM Tuanku Raja Perlis yang diketuai oleh YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail, Ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri Perlis.

MPK

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN CADANGAN PELAKSANAAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES (EIO) BAGI CHUPING VALLEY INDUSTRIAL AREA (CVIA), PERLIS OLEH PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA)

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN
CADANGAN PELAKSANAAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES (EIO) BAGI CHUPING VALLEY INDUSTRIAL AREA (CVIA), PERLIS
OLEH PIHAK BERKUASA PELAKSANAAN KORIDOR UTARA (NCIA)


Program ini diadakan adalah lanjutan daripada perbincangan awal dan permohonan pihak NCIA untuk mendapatkan taklimat mengenai pelaksanaan E1O di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

MPK

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Kerajaan Negeri Perlis

18 April 2023 (Selasa)

Majlis penyerahan bantuan Kerajaan Negeri Perlis kepada para peniaga yang terjejas akibat bencana ribut yang melanda Kangar pada 29 Mac 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kangar. Dalam majlis berkenaan seramai, 34 orang peniaga telah menerima bantuan saguhati daripada Kerajaan Negeri.