Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Program Infak Ramadhan Majlis Perbandaran Kangar di kawasan Pauh

Program ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak Majlis di dalam usaha  membantu masyarakat mengelakkan pembaziran makanan sambil membantu mereka beramal pada bulan Ramadhan.

Dalam program ini, peniaga-peniaga Bazar Ramdhan Arau telah menyerahkan makanan secara ikhlas kepada Majlis lalu makanan-makanan tersebut diagihkan oleh pihak Majlis kepada Masjid dan surau yang berhampiran.

MPK

Ceramah Ramadan Di Penghujung, Suatu Muhasabah Diri

Tarikh   : 14 April 2023
Masa    : 9.00 Pagi – 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Shukri, Pegawai Institut Sunnah Dan Irsyad (ISNAD), Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Ceramah yang keempat dianjurkan oleh MPKPs. bersempena bulan Ramadan ini adalah bertujuan sebagai suatu muhasabah diri menjelang akhir bulan Ramadan.

Ceramah telah dihadiri oleh 65 orang kakitangan MPKPs. yang melibatkan semua jabatan dalaman.

MPK

Slot Khidmat Nasihat Musim Perayaan (live) di PerlisFM telah dijayakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Encik Norazlan Bin Yahaya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kangar di atas perkongsian maklumat dan pesanan yang disampaikan.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar

MPK

Program Walkabout Sempena Kempen 'Hargai Makanan Elakkan Pembaziran' Bulan Ramadan 2023

Program Walkabout Sempena Kempen 'Hargai Makanan Elakkan Pembaziran' Bulan Ramadan 2023

Anjuran : SWCorp Perlis
Lokasi : Tapak Bazar Ramadan Arau, Perlis
Tarikh : 11 Mac 2023

Dirasmikan oleh EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail diiringi oleh Pengarah SWCORP Perlis, Encik Shamsuharizal Bin Basir bersama-sama Yang Dipertua MPK Encik Norazlan Bin Yahaya dan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat SUK Perlis, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid.

MPK

JOM KENALI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 2023/2024 DI KAWASAN ANDA

JOM KENALI AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 2023/2024 DI KAWASAN ANDA

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook :https://www.facebook.com/MPKangar
Instagram:https://www.instagram.com/mpkangar/
Twitter : https://twitter.com/MPKangar
Laman Web : http://www.mpkangar.gov.my

Jabatan Korporat dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kangar

MPK

Pemantauan secara berkala telah dilaksanakan oleh kakitangan Pejabat MPK Cawangan Kuala Perlis untuk menanggalkan bendera yang lusuh di sekitar kawasan Kuala Perlis Dan Simpang Empat.

Pemantauan secara berkala telah dilaksanakan oleh kakitangan Pejabat MPK Cawangan Kuala Perlis untuk  menanggalkan bendera yang lusuh di sekitar kawasan Kuala Perlis Dan Simpang Empat.

Para peniaga diingatkan supaya sentiasa memastikan bendera yang di pasang di premis perniagaan berada di dalam keadaan yang kemas dan baik serta tidak dibiarkan terkoyak, lusuh dan tidak terurus.

#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat