Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Aliran Digital Sdn Bhd

Article List
MPK

Program Assessment Centre (PAC) Bagi Pengambilan Jawatan Pembantu Awam Gred H11 Bertaraf Tetap

Program Assessment Centre (PAC) Bagi Pengambilan Jawatan Pembantu Awam Gred H11 Bertaraf Tetap

Tarikh : 15 Mac 2023 ( Rabu )

Masa : 7.15 pagi hingga 2.30 petang

Tempat : Majlis Sukan Negeri Perlis

Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia,MPKangar telah melaksanakan Program Assessment Centre (PAC) kepada calon yang dinilai berdasarkan Ujian Kecergasan dan Ujian Kemahiran bagi pengambilan jawatan Pembantu Awam Gred H11 bertaraf tetap.

MPK

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAKITANGAN JABATAN PEMBANGUNAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU KE UNIT SENI TAMAN, JABATAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAKITANGAN JABATAN PEMBANGUNAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU KE UNIT SENI TAMAN, JABATAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN KANGAR

Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan aset tumbuhan dan pengurusan stor landskap.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Farah Diana Binti Bahuri, Penolong Arkitek Landskap, Jabatan Pembangunan Landskap bersama 4 orang pegawai daripada Jabatan Pembangunan Landskap, Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

MPK

Pertandingan Boling Amal bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis.

Pertandingan Boling Amal bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis.

Majlis Perbandaran Kangar turut menyertai Pertandingan Boling anjuran Pertubuhan Anak Yatim Perlis. Pasukan MPKangar diwakili oleh 3 peserta/pemain dan seorang pengurus pasukan terdiri daripada:

1. Zuraidi bin Kasim (Pengarah Jabatan Kejuruteraan)

2. Mohd Izul Fikri bin Adumi (Pegawai Perancang Bandar Dan Desa)

3.Mohd Fazli bin Ramli (Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

MPK

KONVESYEN PBT 2023 PUSAT KONVESYEN IPOH,PERAK

KONVESYEN PBT 2023 PUSAT KONVESYEN IPOH,PERAK

Konvesyen yang berlangsung 11 hingga 12 hb Mac 2023 anjuran melalui KPKT bertujuan untuk memperkukuh Dan memperkasa peranan Pihak Berkuasa Tempatan disamping memberikan peluang kepada Ahli Majlis bertukar pandangan serta menyumbangkan idea kearah memberikan Perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.

MPKangar dihadiri oleh Yang Dipertua, Setiausaha , 8 orang Ahli Majlis serta beberapa pegawai Majlis.

MPK

Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Maklumat ke Majlis Perbandaran Kemaman,Terengganu Darul Iman

Pada 6 Mac 2023,  Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP), Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah mengadakan Lawatan Kerja dan Sesi Perkongsian Maklumat ke Majlis Perbandaran Kemaman,Terengganu Darul Iman.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan tadbir urus yang lebih cemerlang di Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKangar dan juga merupakan instrumen penetapan hala tuju serta pelan tindakan lanjut dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan bagi menyokong pengoperasian dan pentadbiran di MPKangar.