Langkau ke kandungan utama
Anda di sini

Kandungan

Kandungan

Sesi Libat Urus Perlaksanaan Sistem ePBT 3.0 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Zon Utara telah berlangsung di Bilik Mesyuarat UTC Perlis anjuran Majlis Perbandaran Kangar bersama Jabatan Kerajaan Tempatan.

Sesi kali ini melibatkan PBT daripada Negeri Perlis, Kedah dan Perak yang menggunakan Sistem ePBT 2.0.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. En. Omran Bin Omar, Timbalan Pengarah (Pengurusan & Pembangunan) JKT, KPKT Malaysia.

Program diteruskan dengan sesi taklimat Pengenalan Cloud Framework Agreement (CFA) daripada Jabatan Digital Negara. Pihak BPM JKT, menyampaikan taklimat berkaitan Cloud Native Infrastructure, Cloud Security & Data Classification dan juga taklimat berkenaan Pelaksanaan Sistem ePBT 3.0.

Sesi soal jawab turut diadakan bagi penjelasan lanjut isu-isu berkaitan perlaksanaan projek ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak KPKT diatas inisiatif ini yang pasti akan membantu memudahkan PBT didalam mendigitalisasikan perkhidmatan dimasa akan datang.